Saturday, 28 May 2016

Bakal KP SPRM yang dicanang-canangkan ialah KAKI SONGLAP??? D.Z, 'I know what u did last summer'

Semakin hari semakin gerun KS apabila memerhatikan pentadbiran negara yang dilihat memilih jalan untuk menghancurkan negara... nauzubillah min zalik...

Cerita Datuk Dzulkifli Bin Ahmad a.k.a DZ, Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Jabatan Peguam Negara bakal mengisi jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru terus dicanangkan oleh pendedak-pendedak...

Maka bertambahlah kegerunan KS mendengar cerita ini, kerana kononnya pertukaran DZ sebagai KP SPRM baru ini ialah untuk mengubah SPRM yang dikatakan telah bercelaru dan mempunyai anai-anai khianat...

Apakah formula yang digunakan oleh kerajaan bagi memilih seorang Ketua bagi "mengubah" SPRM ini??..

Persoalannya, bagaimanakah seorang yg terpalit dgn pelbagai isu integriti iaitu menyonglap duit dana dan ambil duit pelincir bagi menutup kes tertentu boleh dipilih sebagai KP SPRM...

Bekas Peguam Negara, TS Ghani yang kini senyap sejuta bahasa pasti masih ingat 'dosa-dosa' yang dilakukan oleh DZ menyonglap duit dana NRRET.

Jika tidak, masakan TS Ghani bertindak melempar DZ ke Bahagian sejuk beku apabila perbuatan terkutuk DZ itu dihidu oleh pegawai dalam NRRET sendiri dan melaporkan kepada TS Ghani..

Malah, pelantikan DZ mengetuai NRRET pada zaman TS Ghani itu adalah disebabkan jawatan tersebut telah ditolak oleh orang lain..

Karier DZ di AGC ditakdirkan kembali menyerlah apabila TS Ghani pula disepak keluar dan diganti oleh TS Apandi Ali...

Bermula dari detik itu DZ kembali diberi peluang meneraju NRRET...

Selain songlap duit dana, DZ yang memang dikenali sebagai kaki maki hamun DPP ini juga pernah dikatakan menutup kes-kes tertentu setelah mendapat 'uang pelincir'...

Yang ini...Biarlah KS dedah lagi kemudian hari...

Apa-apapun Jika benarlah apa yang dicanangkan ini benar-benar berlaku...bukan lagi cobaan...maka KS anggap matilah semaian benih2 integriti di bumi Malaysia tercinta ini kerana SPRM yang diharapkan oleh rakyat sebagai penyubur budaya berintegriti dan tanpa rasuah tersebut diketuai oleh seorang yang ZERO integriti...


Selain itu Nampak gayanya makin bertambahlah ahli "Kelab Dibuang Najib" (KDN) termasuk TS Abu Kassim...semua masuk KDN daaaaa...

Dan akhir kalam...Kepada DZ, I wish u all the best dengan ucapan 'I Know what u did last summer'.


Kepada pegawai2 SPRM, KS ingin bertanya bersediakah anda utk menahan bakal KP anda??? kita lihat siapa yang kenaaaa.....MERELITTT...

1 comment:

  1. I know what he did last summer also...insan yg telah menghancurkan hati dan perasaan seorang perempuan, mana mungkin diiktiraf calon KP SPRM yg tinggi integritinya??? Useless!

    ReplyDelete